FELCRA bina Sdn. Bhd sebelum ini dikenali dengan nama Fbteknik Sdn.Bhd telah ditubuhkan pada 11 Febuari 2000 dan merupakan milik penuh FELCRA Berhad . FELCRA bina Sdn. Bhd. bergerak secara aktif sebagai kontraktor binaan yang berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dalam kelas A dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Gred G7 dengan modal berbayar dan modal dibenar Syarikat RM 10,000,000.00.

Dengan mengekalkan komitmen kepada integriti, kualiti, tanggungjawab, kerjasama,nilai kemampanan dan keselamatan, FELCRA bina Sdn. Bhd. berjaya dalam memperolehi pensijilan kualiti daripada SIRIM 9001:2008 bagi ‘Design Management for turnkey/design & build projects and construction services for building and civil engineering works.’

Strategi yang sistematik dan perancangan yang sempurna dalam bidang pemasaran, pentadbiran serta pengurusan projek telah membolehkan syarikat memperolehi dan seterusnya menyiapkan dengan sempurna purata projek tahunan yang bernilai melebihi RM80 juta merangkumi pelbagai kerja pembinaan bangunan, kerja pembinaan jalan, kerja-kerja kejuteraan awam dan struktur,kerja-kerja mekanikal dan elektrikal serta pengurusan projek bagi kontrak reka dan bina.

Visi

Menjadi mercu tanda industri pembinaan dengan aplikasi teknologi terkini bagi memaksimakan kepuasan pelanggan.

Misi

Melaksanakan kerja-kerja pembinaan dengan mengaplikasikan kaedah kejuruteraan terkini serta mempelopori bahan-bahan pembinaan berteknologi terkini untuk berdaya saing dan meningkatkan taraf industri pembinaan, kualiti gaya hidup serta kemajuan negara.

Objektif

  • Membina ke arah status kontraktor berwibawa dan peneraju utama bagi projek-projek kejuruteraan di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.
  • Meningkatkan kemahiran dan daya saing merekabentuk serta penggunaan teknologi IT.
  • Memperuntukkan 5% hasil keuntungan Syarikat untuk tanggungjawab sosial.
  • Komited terhadap pertumbuhan bersinergi tinggi dan bagi mempertingkatkan nilai pemegang saham.